Wednesday, January 26, 2011

Cerita Haziq!








Ni Gambar Haziq ngn Cik Dah..Mak saudara haziq di hari perkahwinan nya...mmg meriah..yela ramai spupu kat umah tokwan nie...blh main2 puas2...kat sini gak Haziq jumpa satu awek cun sgt...apa ntah nama dia pon haziq dh tak ingat...yg pasti cun!..haziq siap lentok lg ..hehehe.. .Ni Haziq ngah nangis coz Cik Dah tak bagi bunga telor yg aziq mintak tuh!


Yang ni la awek cuns tu.uhuks..


Waduh!comelnyer Telinga Dia ni...Tarik Skit!

Apa bisik2 nie?nak aper ek?


Ohhhh..nanti Haziq cakap kat cik Dah ek nak bunga telor...kalau tak bg gak aziq mengamuk!beres?



Ni sayang Haziq ni! Dahla hndsome..Baik plk tuh....mmmm


Okla haziq pergi lu ek...Umi dah panggil umi nak masuk tdur...

Tuesday, January 25, 2011

Satu kisah Untuk Sahabatku!!

PAKU DIDINDING HATIMU...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada
tembok batu
tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di
dinding hati anda."



Bermain Dengan Sepupu2

Syok btl kalau balik umah tokwan ni ek..yela haziq blh jumpa spupu2 nya kat sana...blh main ramai2..beza duk kat umah..main sorg jer..kalau boring sgt kacau umi!.hehhe..ni gambar umah tokwan selepas pergi mesramall makan burger king...sodap!

ni gambar ngn abg spupu n kakak spupu....

ni plak disuruh cium kak nadia..malunyer..tp k.nadia ok jer tgk!heheh

NO KOMEN! NO KOMEN!

ollooo...takper2..takder org marah!umi tok marah!kita kan bawah umur..hehhe
jomlaaaaa!!!!!nak balas ciuman k.nadia nie..blhlaaaa..



Lebih Bagus dr SKII

Di sini aku nk kongsila tips kecantikan ngan kengkawan smua..aku dah test daaa...licin & lembut kulit tau....
treatment ni utk lelaki & perempuan. agar kulit jd lbh gebu & cerah (sbb daki dah xde).

1 mangkuk beras pulut (kalau bole dr jepun sbb gred A)
caranya:

- basuh beras pulut sampai air jernih (mcm masak nasi)
- rendam semalaman dgn air yg bersih (filtered kalau bole)
- esoknya, tos dgn tapis smp air kering. (beras akan jd lembap)
- blender beras yg lembap smp jadi paste (mcm tanah liat)
- tepekkan pd muka atau seluruh badan lg bagus (sebelum tepek, kena mandi & basuh muka cam biasa)
- biar kering (dlm 5 minit)
- lepas tu, gonyoh (scrub) butiran beras yg dah di tepek kat muka atau badan sampai butiran tu abis jatuh.
- bilas seperti biasa dgn air paip.
- bila dah lap smp kering badan atau muka, anda akan dapat rasa kulit anda makin cerah (bersih) & gebu. Rasa yg sama bila pakai SKII.
- amalkan sebulan sekali. daki tiada, awek / pakwe suka..
Selamat mencuba...

FYI:

Pitera ialah satu nama diberi pd beras pulut yg dh diproses dgn yogurt & bhn kimia oleh SKII.

Khasiat beras pulut plak kaya dgn protein & micro organisma sihat & aktif yg di panggil IMO.

Ari ni Anak Kecilku disuntik utk setahun....

Assalamualaikum,


Ari ni Baby ku disuntik utk satu tahun..aduisshh..demam ker tidak ntahla...tp anak kecik ku ni biasanya kuat...tak pernah demam lg setakat ni w'pn pernah jatuh dgn walker dari umah atas ke bawah dapur...sampaikan pengsan dan dimsaukkan wad..muntah skali tau lps jatuh tu....ms jatuh tu aku ingatkan dah takder nyawa anakku tu..mmg takut sgt2...yela 1st time jatuh tau..jatuh trk terus..mmg bimbang..ms tu aku jaga anak sulongku yg demam teruk.....jaga abang ,tertinggal si adik..kesian kn...si adik slalu di abaikan krn terlalu fokus menjaga si abang....apa2 pon slps kejadian tu aku mmg cermat menjaga anak2 ku...mmg tak percaya kan org luar utk jaga anak2ku..sedangkan ibu sendiri jaga pon blh jatuh,kalau org luar yg jg ntahla macammana ek..sekarang kan kes bayi meninggal di nursery..itu lg memberi kesan negatif padaku....



Foto² proses terciptanya manusia

Berikut ini beberapa seleksi fotografer Swedia bernama Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan foto2 in vivo embrio manusia dan subjek2 kedokteran lainnya yang dulu dianggap tidak bisa diabadikan lewat foto.

Dia menggunakan sebuah endoskop untuk membuat gambar2 menakjubkan ini!

Dalam seri foto ini, dia menguak semua rahasia - bagaimana kehidupan berawal!!! Bukti keagungan Tuhan!!!
Ini bukan ilustrasi, bukan pula hasil ilustrasi.. This is real!!!


Perjalanan panjang sperma menuju sel telur:



Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur..


Pembuahan:


Dinding rahim yang baru siap dibuahi:


Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim:




Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala:


Sudah mulai berbentuk:












Manusia sempurna, yang siap berjuang melawan hidup...




Jom Kita Kongsi Kata2 Datuk Dr. Fadilah Kamsah

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa"
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,
sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa
yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG
BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita
KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih
kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di
lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih
baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN
PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."



KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???


Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam

Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik....



Monday, January 24, 2011

Anakku Si Haziq Jatuh Lg!


Anak sulong ku jatuh lg ketika bermain ngn sepupunya semalam..uWaaa..aku tergamam ketika tu..yela..br nak pulih...dah sbulan lbh dia tak sakit..sblm ni 2x sbulan dia pasti demam n mengambil masa tidak kurang dr sminggu utk pulih kembali....bermacam2 ubt dah aku n suami b’ikhtiar utk perubatan nya...smlm aku n suami tak lena tidur bimbang dia muntah tanpa pengetahuan kami..itula dugaan yg ditanggung kami suami isteri...kata2 kakak iparku..”sekiranya anak jatuh lagi trs simbah air utk kembalikan semangatnya”..heheheh..dahla budak tu sakit ,disimbah air plk ..lgla mengamuk kn..aku gelak jer ms dgr kata2 kakak ipar ku itu..trs dia bermuka serius..katanya mmg itu petua2 org tua!sebab mmg kakak pon dh kena dek ayahnya ms kecik2 dulu...kuang kuang kuang...dahla sakit..sejuk plak kena simbah dek air...hehhe....dan kata2 org tua anak sulong ku si Haziq ni mmg special skt.....apa yg special tu ntahla...yela anakku tu slalu Nampak sesuatu yg pelik2...that’s whyla aku tak brani duk sorg kat umah mlm2 tanpa suamiku..kemana saja dia pergi aku dihantar kerumah sedara mara....tula yang memenatkan aku...nak mengangkut brg2 baby nih...yg klakarnya siap bwk skali walker tau utk baby kecikku..hehehheh klakar kan...yela anak kecikkku tu semangat badannya..manala larat nak di dukung slalu..jawapannya mmg slim moling la aku ni..takyah diet2..mmg jimat! Okla...aku nak temam anak2 ku tgk tv plak ni...jumpa lg.....



Mengenali kedai makan pakai pelaris haram

Haziq dh blk dari tadika..tp aku still tak masak tghri lgni..nak msk apa ek...dh bosan rasanya ari2 memasak..nak cuba resepi apa plk ek...tp rasanya nak g mkn kat luar jerla....buat pengetahuan kengkawan, aku sekuarga ni mmg minat mkn kat luar gak.tapi bukan slalu la..yela tak kotor dapur kan nak kemas blk lps masak..terutama kalau anak2 meragam..baik g mkn kat kedai jer.senang , cepat n byk pilihan..betul tak? Tetapi sblm nak g makan kat kedai tu baca tip2 kat bawah ni dahulu. yelaa Untuk mencegah apa yg patut..betul Tak?..

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka... Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

Semoga penerangan ini bermanfaat.



Bila Isteri Dah Tak Cantk!

Ini Adalah Feedback dr sahabat Lanjutan dr masalah si isteri yg tak dihargai pengorbannya...

Tidak dinafikan zaman sekarang kebanyakkan wanita mempunyai pendidikan dan kerjaya yang lebih hebat dari lelaki. namun wanita menerima lelaki yg bergelar suami seadanya mereka.walaupun suami mereka itu bergaji kecil, tidak mampu memberi kemewahan seperti kwn2 mereka yg mempunyai suami bergaji besar,yg dapat menlayan isterinya bagai seorang puteri. namun seorang isteri yg hatinya tulus tidak pernah meminta2 apa yg tidak mampu diberikan suaminya. malah isteri sanggup berkorban membantu suaminya untuk mencukupkan kewangan keluarga.

tidak pernahkah seorang lelaki yang bergelar suami ini cermin diri mereka dahulu sebelum mereka memandang wanita2 cantik yang lain.suatu ketika dahulu wanita yang bergelar isteri itu juga menarik dan mengiurkan mata mereka, yang menjadi igauan mereka siang dan malam.jika tidak mengapa wanita itu yang dikahwini mereka?tidak pernahkah si suami terfikir?

wanita berkerjaya yang mempunyai pendapatan besar semasa bujangnya hidup mewah.selain memberi wang buat orang tuanya kesemua pendapatan mereka adalah untuk diri sendiri. jika mahu ke terasa perut membuncit mereka boleh ke slimming center, jika terasa isi xpejal mereka boleh ke gym,jika kuku terasa kurang kilat mereka ke pusat manicure, bosan dgn baju yg sama pergi saja ke butik2 yang berlambak,ingin ke spa pilih saja spa yg mana..apa saja yg mereka inginkan mereka boleh buat...tiada masalah anak yg mengganggu fikiran malah tidak perlu memikirkan masalah kewangan keluarga.

tetapi setelah wanita bujang ini berkeluarga, nak kemana2 perlu fikir anak2 bagaimana,siapa nak jaga,eh nnt duit susu anak xcukup pula,emm beras pun nak habis, rumah pun berselerak nak kena kemas. lantas hasrat itu terbantut dan wanita tenggelam bersama kesibukan menguruskan keluarga dan membantu suami dengan harapan suami memahami dan terus menyayangi mereka seperti mana kasih mereka yang tidak pernah pudar.

tetapi bagi sesetengah lelaki yang tidak bersyukur mungkin juga otak mereka agak bengap(bkn semua lelaki begini) tidak pernah menghargai pengorbanan isteri mereka. sepatutnya mereka berasa kasihan dan bersalah kerana sejak berkahwin dgn merekalah hidup wanita menjadi seperti isteri mereka. tidak pernahkah seorang suami terfikir kerana ketidakmampuan merekala isteri mereka kelihatan bergitu rupa.

dalam dunia moden sekarang, jika ada wang sumanya boleh jadi...lihat saja erra fazira.bagaimana tubuh badannya naik selepas melahirkan anak.tetapi kerana kemewahan yang dimilikinya lihat saja bagaimana erra fazira sekarang. bagi saya tidak ada alasa untuk seorang suami untuk bersunggut tentnag fizikal seornag isteri. semuanya boleh dibentuk..yang penting adalah duit.lihatsaja along hamidah,setelah berpisah dengan suaminya beliau mempunyai kesempatan untuk mengikuti slimming program.jika masih besama suami mungkin saja impian hanya tinggal impian.

namun sebagai seorang isteri,kita juga haruslah cuba untuk menjaga diri kita.usah abaikan diri kita hanya untuk membantu suami.adakala kita perlu ber perhatian kepada diri kita juga.



Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...

Baca la kalu free.....Ni bkn Kisah penulis ek..just nak share kisah ini ngn kengkawan...

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.



Sunday, January 23, 2011

Membuka Pintu Rezeki!

Salam Larut Malam..hehehe..mata aku ni still tak blh tidur..apa nak buat ek..
okla ada satu lg info bagus yg last sblm aku msk tidur yg nak dikongsikan bersama kawan2.. .....



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya.....)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ...Mari kita cuba ..Allahhuakhbar. ..

Insya Allah




Maklumat Ptg Kepada Sesiapa Yg Memakai "Contact Lenses"!


A 21 year old guy, he used to wear a pair of contact lenses, during a barbecue party. While, barbecuing he stared at the fire charcoals continuously for 2-3 minutes. After a few minutes, he started to scream for help and moved rapidly, jumping up and down. No one in the party knew why he was doing this ? Then he was admitted into the Hospital, the doctor said he'll be blind permanently because of the contact lenses that he had worn.

Contact lenses are made by plastics, and the heat from the charcoal melted his contact lenses.

DO NOT WEAR CONTACT LENSES WHERE OVERHEATING AND FLAMES ARE CONCERNED... ..OR WHILE COOKING...!



Adush..sakit kepala melayan anak yg tak tidur lg nih!

Letihnya nak tidurkan anak yg sulong ni..si haziq!esok nak skolah..tp still lg bermain..abahnyer plak tak blk lg dr main bola....kalau aku tidur, sah kena bangun lg utk bukak pintu...buat sakit kpala adala...mmmm..pening kpala tgk umah bersepah penuh ngn mainan...ngah pikir gak ni ..apa lg yg nak share ngan kengkawan smua pd lewat mlm ni ek...



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

Assalamualaikum...
ada satu kisah blh dijadikan iktibar yg sangat bagus utk kaum penjaga bayi @ kanak2..
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.



Chicken Wings


Chicken Wings - Its Dangerous

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the.
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.
This need is none other than the need for food.

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

From:
SingaporeMedical Association




Saturday, January 22, 2011

Resepi yogurt Buahan

Fuh!!mmg sedap....mkn berkali2 pon tak jemu...cam mkn aiskrim...utk sediakan menu ni mudah n cepat skali..kat bwah ni resepi nya...
Bahan YoGuRT Buah:

Yogurt origional Nestle
Ais Cream VaniLLA
Buah strawbery, anggur, apple/atau semua buah tempatan yg ada kat dapur tu di potong kecil. (seperti pisang, jambu air, jambu batu, rambutan, buah naga dll lg)Buahan dlm tin pon blh...

Caranya:
Campurkan ais cream dgn yogurt tadi, nak tuang ais cream byk mana pun terserah kpd kawan2 nak manis++ atau tidak, kemudian boleh di gaul dengan kesemua hirisan kiub buah tadi/ditabur jer atas yogurt apbila nak dihidangkan.. kalau beri anak makan pasti tak cukup 1 mangkuk!. tak percaya boleh cuba :)

Kalau nak best lagi... bahagian bawah sekali dlm mangkuk tu susunkan beberapa keping kek coklat dan tuangkan adunan yogurt td dgn taburan kiub buah2an. ehmm sedapppp!





resepi OKONOMIYAKI

Selamat pagi kawan2..smlm ada permintaan resepi utk Makananan OKONOMIYAKI...so aku nak share resepi tu ngn kawan 2 smua la yg berminat ingin mencuba makanan ni...Utk pengetahuan smua,ini adalah makanan yang terkenal di negera matahari terbit, JEPUN. Bahan2 boleh dibeli di JUsco, Sogo atau supermarket yang seangkatan dengannya...


Bahan A
TELUR 6 BIJI
SEDIKIT TEPUNG JAGUNG
1 BTG SOSEG DIHIRIS DADU KECIL
ISI UDANG, TAKNAK BUBUH PUN TAKPE
1 GENGGAM MEE KUNING
KOBIS YG DIHIRIS NIPIS KECIL2 SEBYK 2 GENGGAM
DAUN BAWANG
1/2 BATANG CAROT
serbuk lada sulah
secubit garam
sedkt gula

Bahan B
SOS OKONOMIYAKI (ada di Jusco...Baca ingredient dulu kat belakang botol sblm beli ya...)
MAYONIS (Dalam botol pet kat JUSCO)
NORI (rumpai laut yang di potong halus..warna hijau...ada di JUSCO)
KASYUO (potongan halus ikan tongkol...ada di JUSCO)

kacau telur hingga hancur, kmd masukkan kesemua bhn A, apbila rasa dah sebati... tuangkan 2 senduk ke dlm kuali yg telah dipanaskan minyak 4 sudu, goreng seperti nak bentuk lempeng atau pancake. tudung sekejap bg cpt masak.
Apabila dh rasa hampir masak.. balikkan. caranya tuangkan dhl okonomiyaki td ke dlm pinggang, pastu cuba balikkan guna 2 pinggang spt main tepuuk tangan. kelebihan buat camni kalau adunan tu besar sgt blh mengurangkan pecah/hancur.

setelah masak, sapukan sos okonomiyaki spt sos atas pizza. kemudian taburkan nori biar rata (hijau halus spt dalam gambar).. jgn byk sgt tau. cantikkan pula dgn mayonis. Last sekali bhg atas tu taburkan kasyuo/serbuk ikan spt dlm gambar.

Okonomiyaki

Salam Smua...

Suamiku belum pulang lg dr johor....boring btl tanpa suami ek...:) haziq plak menunjukkan ciri2 nak demam...tp still lg aktif bermain...cuma aku tak benarkan dia bermain kar luar umah jer...aku tgk pisang ada kat atas meja..so aku btla cekodok pisang utk makan petang...tut tut ms nak goreng aku br perasan yg minyak masak takder kat dapur .kuang kuang kuang...just ada olive oil....dah abis stok..hampeh!so aku pon buatla OKONOMIYAKI....masakan jepun..blhla goreng menggunakan olive oil tuh....masa haziq kecik2 slalu aku buatkan sarapan OKONOMIYAKI tu.tp kali ni OKONOMIYAKI tak sesempurna yg sebelum ni aku buat ..krn takder stok bahan KASYUO (potongan halus ikan tongkol)..
beginilah rupa OKONOMIYAKI ....TANPA KASHUA...