Monday, January 24, 2011

Bila Isteri Dah Tak Cantk!

Ini Adalah Feedback dr sahabat Lanjutan dr masalah si isteri yg tak dihargai pengorbannya...

Tidak dinafikan zaman sekarang kebanyakkan wanita mempunyai pendidikan dan kerjaya yang lebih hebat dari lelaki. namun wanita menerima lelaki yg bergelar suami seadanya mereka.walaupun suami mereka itu bergaji kecil, tidak mampu memberi kemewahan seperti kwn2 mereka yg mempunyai suami bergaji besar,yg dapat menlayan isterinya bagai seorang puteri. namun seorang isteri yg hatinya tulus tidak pernah meminta2 apa yg tidak mampu diberikan suaminya. malah isteri sanggup berkorban membantu suaminya untuk mencukupkan kewangan keluarga.

tidak pernahkah seorang lelaki yang bergelar suami ini cermin diri mereka dahulu sebelum mereka memandang wanita2 cantik yang lain.suatu ketika dahulu wanita yang bergelar isteri itu juga menarik dan mengiurkan mata mereka, yang menjadi igauan mereka siang dan malam.jika tidak mengapa wanita itu yang dikahwini mereka?tidak pernahkah si suami terfikir?

wanita berkerjaya yang mempunyai pendapatan besar semasa bujangnya hidup mewah.selain memberi wang buat orang tuanya kesemua pendapatan mereka adalah untuk diri sendiri. jika mahu ke terasa perut membuncit mereka boleh ke slimming center, jika terasa isi xpejal mereka boleh ke gym,jika kuku terasa kurang kilat mereka ke pusat manicure, bosan dgn baju yg sama pergi saja ke butik2 yang berlambak,ingin ke spa pilih saja spa yg mana..apa saja yg mereka inginkan mereka boleh buat...tiada masalah anak yg mengganggu fikiran malah tidak perlu memikirkan masalah kewangan keluarga.

tetapi setelah wanita bujang ini berkeluarga, nak kemana2 perlu fikir anak2 bagaimana,siapa nak jaga,eh nnt duit susu anak xcukup pula,emm beras pun nak habis, rumah pun berselerak nak kena kemas. lantas hasrat itu terbantut dan wanita tenggelam bersama kesibukan menguruskan keluarga dan membantu suami dengan harapan suami memahami dan terus menyayangi mereka seperti mana kasih mereka yang tidak pernah pudar.

tetapi bagi sesetengah lelaki yang tidak bersyukur mungkin juga otak mereka agak bengap(bkn semua lelaki begini) tidak pernah menghargai pengorbanan isteri mereka. sepatutnya mereka berasa kasihan dan bersalah kerana sejak berkahwin dgn merekalah hidup wanita menjadi seperti isteri mereka. tidak pernahkah seorang suami terfikir kerana ketidakmampuan merekala isteri mereka kelihatan bergitu rupa.

dalam dunia moden sekarang, jika ada wang sumanya boleh jadi...lihat saja erra fazira.bagaimana tubuh badannya naik selepas melahirkan anak.tetapi kerana kemewahan yang dimilikinya lihat saja bagaimana erra fazira sekarang. bagi saya tidak ada alasa untuk seorang suami untuk bersunggut tentnag fizikal seornag isteri. semuanya boleh dibentuk..yang penting adalah duit.lihatsaja along hamidah,setelah berpisah dengan suaminya beliau mempunyai kesempatan untuk mengikuti slimming program.jika masih besama suami mungkin saja impian hanya tinggal impian.

namun sebagai seorang isteri,kita juga haruslah cuba untuk menjaga diri kita.usah abaikan diri kita hanya untuk membantu suami.adakala kita perlu ber perhatian kepada diri kita juga.



No comments:

Post a Comment